Wednesday, 25 December 2024

For more details, please contact us:

Poster Size :
A2 (16.5" x 23.4")


En Mohamad Syarizat Azmi
Tel:  03-8911 3884
Fax: 03-8926 5655
Email: syarizat[at]niosh.com.my

Pn Masni Mansor
Tel:  03-8911 3884
Fax: 03-89265655
Email: masni[at]niosh.com.my

NIOSH LIBRARY,
Lot1, Jalan 15/1, 
Seksyen 15, 
43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Friday, 18 August 2017 08:55

Beri perhatian pekerja bermotosikal

Written by
Rate this item
(1 Vote)
LEE Lam Thye (tiga dari kanan) melakukan gimik perasmian sambil diperhati Pengarah Eksekutif NIOSH, Zahrim Osman (dua dari kanan) dan Setiausaha Eksekutif NIOSH, Ayop Salleh (empat dari kiri) berucap di Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-60 Peringkat NIOSH 2017 di NIOSH, Bangi. - Foto Khairull Azry Bidin
 
 

BANGI: Majikan diminta memberi tumpuan berhubung aspek keselamatan pekerja yang bermotosikal berikutan trend kemalangan membabitkan kumpulan itu semakin meningkat.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata tahun lalu sebanyak 31,314 kes dilaporkan PERKESO membabitkan kes kemalangan ketika pergi atau balik tempat kerja.

Keadaan itu, katanya, agak membimbangkan kerana selain mencatat peningkatan 10 peratus berbanding tahun sebelumnya, sebahagian besar kes membabitkan penunggang motosikal.

Sehubungan itu, katanya, majikan wajar memberi makluman dan pendedahan kepada pekerja mengenai cara tunggangan berhemah.

"Faktor kos sara hidup yang tinggi menyebabkan ramai pekerja terpaksa memilih untuk menunggang motosikal walaupun sedar ia lebih berisiko.

"Bagaimanapun majikan perlu ingatkan dan ambil berat mengenai pekerja mereka supaya tidak mengabaikan aspek keselamatan khususnya dalam cuaca tidak menentu ketika ini," katanya selepas Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan di ibu pejabat NIOSH, di sini hari ini.

Read 5935 times Last modified on Friday, 18 August 2017 08:55

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

open