Wednesday, 25 December 2024

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 999

Tuesday, 07 February 2012 14:53

Keselamatan Pantai Perlu Dipertingkat

Written by
Rate this item
(0 votes)

7th February, 2012, New Sabah Times

KUALA LUMPUR: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menggesa agensi dan pihak ber- kuasa yang berkaitan supaya mening- katkan tahap keselamatan di sepanjang pantai di negara ini berikutan peningkatan jumlah kematian akibat lemas setiap tahun.

Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye berkata strategi pengurusan perlu turut dirangka dan dilaksanakan secara berkesan untuk mengelak kematian akibat lemas.

“Kita memerlukan strategi bagi pantai yang selamat, bebas daripada kes mati lemas. Ia bukan untuk menghalang orang ramai daripada bergembira, atau menegah mereka daripada berada dalam air. Kami mahu mereka selamat semasa berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Beliau berkata isu berkaitan keselamatan pantai tidak ditangani dengan sewajarnya dan keselamatan orang ramai di pantai seringkali menjadi isu yang dilupakan manakala lebih banyak perhatian diberi kepada perlindungan alam sekitar dan sebagainya.

Katanya menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, jumlah kes mati lemas yang direkodkan pada 2010 adalah 331 dan pada 2011, 303 kes.

Beliau berkata terdapat banyak faktor yang mengakibatkan berlaku kes lemas, misalnya akses yang tidak terhad ke pantai, kurang pengetahuan dan pemahaman mengenai keadaan air, kejahilan, pengabaian atau salah anggaran terhadap keadaan air yang berbahaya serta kurang kesedaran dan pendidikan tentang keselamatan air.

“Menjadi tanggungjawab organisasi, agensi dan pihak berkuasa berkenaan yang mempunyai bidang kuasa terhadap kawasan pantai untuk mengenal pasti dan sebaik-baiknya meminimumkan risiko kecederaan atau kematian akibat lemas.

“Tanggungjawab ini bukanlah dengan hanya sekadar memasang papan tanda atau menyediakan peralatan keselamatan,” kata- nya.

Di samping pendidikan tentang amalan keselamatan semasa mengadakan aktiviti di air, Lee berkata orang ramai juga perlu menyokong penyeliaan pantai dan tarikan di air dengan sewajarnya selain menyokong undang-undang yang memerlukan penggunaan alat pengapungan peribadi untuk dipakai semasa berada di pantai.

Read 9503 times Last modified on Monday, 07 September 2015 11:50

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

open