Saturday, 02 November 2024
KENYATAAN TAWARAN TENDER
Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor ‐ kontraktor tempatan yang berpengalaman dan memenuhi syarat pendaftaran untuk mengambil bahagian di dalam tender berikut;
BUTIR-BUTIR TAWARAN

NO. SEBUT HARGA : NIOSH/NO.SH.36/2024-ADFD

CADANGAN BAGI KERJA-KERJA PEMBAIKAN DINDING DAN BUMBUNG DEWAN REFFLESIA BANGUNAN MENARA NIOSH DI IBU PEJABAT NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NIOSH), BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN DIJUAL

TARIKH : 28 Oktober - 11 November 2024

JAM : 09.00 pagi – 04.00 ptg(Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

TEMPAT : National Institute Of Occupational Safety And Health (NIOSH) Lot 1 Jalan 15/1, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

 

SYARAT PEROLEHAN

Pembekal hendaklah mempunyai sijil berikut:

  1. Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  2. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) Gred G1 berdaftar dengan CIDB.
  3. Sijil Taraf Bumiputera (SBT) berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
  4. Sijil Perakauan Pendaftaran Kontraktor (PKK) Kategori (B) Pengkhususan B24 ATAU B28 berdaftar dengan CIDB.
  5. Merdaftar sebagai Pembekal NIOSH melalui sistem E-Vendor
  6. Mempunyai pengalaman dalam bidang yang ditawarkan.
  7. Kehadiran taklimat adalah WAJIB.
TARIKH, TEMPAT TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK

TARIKH : 28 Oktober 2024 (Isnin)

JAM : 11.30 pagi

Tempat : Bilik Perbincangan PRCU, Bangunan Utama NIOSH

Maklumat penting : Untuk pengesahan Kehadiran ke sesi taklimat, syarikat / kontraktor boleh membuat janji temu melalui email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 25.10.2024 (JUMAAT), 04.00 petang.

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

Tarikh :11 November 2024

Hari : Isnin

Jam : 12 tengahari

SEBUT HARGA YANG LEWAT DITERIMA TIDAK AKAN DILAYAN.

1. Harga dokumen tawaran sebut harga ialah RM50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja) bagi setiap satu dokumen. Bayaran adalah secara atas talian (online payment) dan tidak akan dikembalikan.

2. Taklimat sebut harga hanya boleh dihadiri oleh pemilik syarikat atau wakil syarikat yang sah dengan mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT (tidak dikembalikan) bagi dokumen-dokumen berikut;

  1. Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  2. Berdaftar dengan CIDB yang masih sah. Gred, Kategori dan Pengkhususan: G1; B; B24 ATAU B28
  3. Sijil Taraf Bumiputera (SBT) berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
  4. Surat wakil kuasa adalah WAJIB sekiranya wakil syarikat yang menghadiri taklimat.

3. Dokumen tawaran sebut harga boleh dibeli oleh pemilik syarikat / wakil syarikat yang sah sahaja selepas taklimat sebut harga dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti di para 2.

4.Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dengan mencatatkan Nombor Sebut Harga dan Tajuk Sebut Harga di bahagian kiri atas sampul surat dengan jelas dan terang. Sila kurier dokumen sebut harga ke alamat dibawah sebelum tarikh tutup sebut harga ;

 

PENGARAH EKSEKUTIF
U/P : PETI SEBUT HARGA, UNIT PEROLEHAN
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NIOSH)
LOT 1, JALAN 15/1, SEKSYEN 15
43650 BANDAR BARU BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN

Read 75 times Last modified on Tuesday, 22 October 2024 14:11
open