Wednesday, 01 July 2026
KENYATAAN TAWARAN TENDER
Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor ‐ kontraktor tempatan yang berpengalaman dan memenuhi syarat pendaftaran untuk mengambil bahagian di dalam tender berikut;
BUTIR-BUTIR TAWARAN

NO. SEBUT HARGA : NIOSH/NO.SH.21/2026-ITD

PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MENYELENGGARA, MENGUJI-GUNA DAN MENGKONFIGURASI PERKAKASAN IT (NOTE BOOK) SECARA SEWAAN UNTUK KEGUNAAN NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NIOSH)

TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN DIJUAL

TARIKH : 02 JULAI 2026 (KHAMIS) –09 JULAI 2026 (KHAMIS)

MASA : 09.00 PAGI – 04.00 PETANG (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum)

TEMPAT :  National Institute Of Occupational Safety And Health (NIOSH) Lot 1 Jalan 15/1, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

SYARAT PEROLEHAN

Pembekal hendaklah mempunyai sijil berikut:

  1. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan (MOF) di bawah kod bidang bekalan/perkhidmatan kategori: 210101 dan 210109.
  2. Mendaftar sebagai pembekal NIOSH melalui sistem e-vendor http://eps.niosh.net.my.
  3. Mempunyai pengalaman dalam bidang yang ditawarkan.
  4. Kehadiran taklimat adalah WAJIB.
TARIKH, TEMPAT TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK

TARIKH : 02 JULAI 2026 (KHAMIS)

JAM : 10.00 PAGI

Tempat : Bilik Perbincangan RMC, Aras 2 Bangunan Utama NIOSH, Lot 1 Jalan 15/1, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

MAKLUMAT PENTING: Untuk kehadiran ke sesi taklimat, syarikat/ pembekal perlu membuat janji temu melalui e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 01 JULAI 2026 (RABU) jam 3.00 petang bagi pengesahan kehadiran.

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

Tarikh : 09 JULAI 2026 (KHAMIS)

Jam : 12.00 TENGAHARI

SEBUT HARGA YANG LEWAT DITERIMA TIDAK AKAN DILAYAN.

1. Harga dokumen tawaran sebut harga ialah RM50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ringgit Sahaja) bagi setiap satu dokumen. Bayaran adalah secara atas talian (online payment) dan tidak dikembalikan.

2. Taklimat sebut harga hanya boleh dihadiri oleh pemilik syarikat atau wakil syarikat yang sah dengan mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT (tidak dikembalikan) bagi dokumen-dokumen berikut;

  1. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan (MOF) di bawah kod bidang bekalan/perkhidmatan kategori: 210101 dan 210109;
  2. Surat wakil kuasa adalah WAJIB sekiranya wakil syarikat yang menghadiri taklimat.

3. Dokumen tawaran sebut harga akan diberikan kepada pemilik syarikat / wakil syarikat yang sah sahaja selepas taklimat sebut harga dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti di para 2.

4. Dokumen SEBUT HARGA yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dengan mencatatkan NOMBOR SEBUT HARGA dan TAJUK SEBUT HARGA di bahagian kiri atas sampul surat dengan jelas dan terang. Sila hantar dan masukkan dokumen sebut harga ke dalam peti Sebut Harga SEBELUM tarikh tutup sebut harga:

PENGARAH EKSEKUTIF
U/P : PETI TENDER, UNIT PEROLEHAN
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NIOSH)
LOT 1, JALAN 15/1, SEKSYEN 15
43650 BANDAR BARU BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN

Read 49 times Last modified on Thursday, 25 June 2026 12:52
open